![]() |
|||||||||||||||||||||||||||||||||
Jika anda berkata "YA!" untuk salah satu soalan di atas, maka anda perlu terus membaca sehingga noktah terakhir surat ini. Ini kerana, saya mempunyai cadangan untuk dikongsi yang seterusnya, akan menjawab persoalan kepada permasalahan ini. Sebuah ebook yang akan membongkar rahsia mengenai personaliti cinta pasangan dan diri.
Cinta memang indah. Pada permulaan semuanya berjalan lancar. Anda begitu yakin bahawa tiada apa yang berlaku. Kusangkakan panas hingga ke petang tetapi hujan di tengahari. Anda dan pasangan mula bergaduh. Sedikit perselisihan faham dipendam begitu sahaja tanpa dikongsi kerana bimbang ianya akan merosakkan bunga cinta yang sedang berkembang. Akhirnya ia membesar dan tidak dapat dibendung lagi. Konflik pun berlaku. Anda mula merasakan si dia telah berubah dan tidak lagi menyayangi anda. Si dia pula menyalahkan anda kerana tidak memahaminya. Akhirnya tercetuslah apa yang tidak diingini iaitu perpisahan atau penceraian. Salah satu faktor konflik ini berlaku adalah kerana kegagagalan kita untuk memahami "bahasa cinta" pasangan kita sendiri. Kita tidak tahu perkara sebenar yang diinginkan oleh pasangan. Cuba banyangkan sebentar, mungkin konflik ini berlaku disebabkan pasangan anda seorang yang mempunyai kod Introvert. Introvert bermaksud, seorang yang kurang menggemari aktiviti sosial. Pasangan anda lebih suka untuk menghabiskan kebanyakkan masanya dengan bersendirian. Bagi Introvert, berada di tempat yang mempunyai ramai orang agak merimaskannya. Suatu hari pasangan anda yang pendiam ini pun balik dengan keadaan murung. Timbul rasa kasihan dan risau akan masalahnya. Anda ingin membantu, “Ada apa- apa tidak kena ke sayang?” Tetapi malangnya, anda tidak menerima sebarang respon. Si dia hanya menjawab tiada apa-apa yang berlaku. Lalu anda merasakan bahawa pasangan tidak ingin berkongsi dengan anda. Perasaan terkilan ini disimpan. Lama-kelamaan ianya membesar dan mencetuskan konflik. Tetapi sebenarnya tahukah anda bahawa pasangan bukan tidak mahu berkongsi? Si dia mempunyai gaya perilaku sebagai seorang Introvert. Si dia memerlukan ruang untuk dirinya berfikir tentang masalah yang berlaku. Sebagai seseorang yang memahami personaliti pasangan, anda akan tahu bahawa jika pasangan anda tidak ingin berkongsi bukan bermakna tiada lagi cinta antara anda berdua. Anda akan faham bahawa sebenarnya pasangan anda hanya mahu sedikit ruang untuk memikirkan masalah tersebut. Jadi, tiadalah perasaan terkilan.
Setiap individu adalah unik dan tidak sama. Perkara ini seterusnya membuatkan bahasa cinta untuk setiap individu adalah berlainan. Fakta inilah yang hendak dikongsi di dalam ebook "Personaliti Cinta". Terokailah ke"unik"an pasangan dan diri. Ketahuilah kod cinta masing-masing. Pada akhir pembacaan, anda akan memperolehi jawapan kepada persoalan mengapa pasangan anda bertindak demikian dan seterusnya menguatkan keyakinan bahawa cinta anda berdua sebenarnya masih wujud. Cinta antara insan itu lahir daripada tingkah laku, kepercayaan antara dua hati dan dibina berdasarkan sikap saling memahami yang cuba melengkapi antara satu sama lain Terlebih dahulu, ingin saya nyatakan bahawa ebook ini bukanlah ebook yang menjanjikan panduan cinta yang dapat memberi jaminan 100 peratus kebahagian kepada anda. Tetapi perkara yang saya dapat janjikan adalah fakta yang dikongsikan adalah benar dan bukan rekaan. Bukan sekadar cakap kosong tetapi ianya merupakan hasil kajian berpuluh tahun oleh ahli-ahli psikologi mengenai personaliti manusia. Kini saya coretkannya dalam bentuk ebook untuk perkongsian bersama. Harapan saya ebook ini dapat membantu anda ke jalan kebahagian yang berpanjangan. Amin....... "Cintailah seseorang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna"Ebook ini akan mengupas lebih mendalam tentang personaliti individu. Fahamilah diri pasangan anda dengan mengetahui kod cinta pasangan anda dan diri.
Ebook “Peronaliti Cinta” ini bukan sekadar panduan cinta biasa seperti terdapat di pasaran. Buku ini bukan sahaja berkongsi tips secara umum mengenai masalah cinta, malah mengupas dengan lebih mendalam berkenaan PUNCA sebenar permasalahan tersebut. Kata orang, merawat sesuatu biarlah bermula dari akar umbinya. Pokok yang tidak sihat, sekiranya di rawat pada daunnya sahaja, tetapi tidak pada akar, pasti akan mati jua satu hari nanti. Begitu juga dengan hubungan cinta pasangan. Panduan ini membongkar rahsia personaliti cinta pasangan dan diri seterusnya memudahkan anda memperbaiki hubungan yang sedia ada. Ayuh berubah! Mulakan langkah pertama anda ke arah membina hubungan yang lebih baik. Langkah yang perlu anda ambil :
Antara topik yang akan dibincangkan dalam ebook ini adalah seperti :
Jika dengan ebook ini anda dapat menyelamatkan suatu hubungan dan terus bahagia, berapakah harga yang sanggup anda bayar untuk mendapatkannya? Saya pasti ianya sesuatu jawapan yang subjektif untuk setiap orang. Tetapi apa yang menarik mengenai ebook ini adalah anda akan mula mengetahui bahawa sebenarnya si dia adalah berbeza dengan anda. Disebabkan perbezaan itulah menyebabkan cara si dia bercinta turut berbeza. Harga ebook untuk menjawab persoalan rahsia personaliti diri ini adalah : Hanya RM27.00 sahaja
Jika anda mendapatkan ebook "Personaliti Cinta" ini sekarang, anda juga akan memperolehi 2 ebook mini yang dapat membantu anda memantapkan lagi perjalanan cinta anda. Diharap dengan kehadiran 2 ebook mini ini dapat membantu anda menjadi lebih romantik dan memahami lagi si dia. Ia mengandungi tips-tips praktikal yang dapat diaplikasikan
Yang Ikhlas,
P/S : RM27 dirasakan mahal dan tidak berbaloi? Fikir kembali dan anda akan menyedari bahawa RM27 adalah terlalu murah berbanding harga yang perlu dibayar kerana kehilangan pasangan berpunca daripada masalah tidak memahami pasangan. Tidak tertakrif! PP/S: Mungkin anda merasakan bahawa anda perlu berfikir dahulu. Tetapi saya harap anda mengambil tindakan yang pantas untuk mendapatkannya. Berlengah-lengah hanya membuatkan anda pergi dan seterusnya melupakan web ini. Kesannya, masalah cinta anda masih belum diselesaikan. PPP/S : Pelaburan ini adalah pelaburan yang berbaloi! Sedikit kata-kata inspirasi dan motivasi daripada saya, “Andalah bertanggungjawab mengenai kebahagian perhubungan dan CINTA anda.”
Diterbitkan dan diedarkan Oleh: |
|||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |