![]() |
||||||||||||
Adakah Anda "BENAR-BENAR" Mengetahui Personaliti Sebenar Pasangan Anda?
|
||||||||||||
ADAKAH INI MASALAH YANG SEDANG ANDA HADAPI?
Adakah kini, anda sedang mengalami salah satu perkara dibawah?
Jika anda berkata "YA!" untuk salah satu soalan di atas, maka anda perlu terus membaca sehingga noktah terakhir surat ini. Ini kerana, saya mempunyai cadangan untuk dikongsi yang seterusnya, akan menjawab persoalan kepada permasalahan ini. Sebuah ebook yang akan membongkar rahsia mengenai personaliti cinta pasangan dan diri anda. Sebuah ebook yang dapat membantu anda untuk lebih memahami bahasa cinta si dia dan akhir sekali memungkinkan kehidupan yang lebih bahagia. Kehidupan impian kepada setiap yang berpasangan. Owh indahnya~
STATISTIK YANG MENAKUTKAN!
Tahukah anda bahawa menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) jumlah perceraian pada tahun 2007 adalah sebanyak 20,529 kes berbanding 131,086 perkahwinan. Di setiap negeri, dilaporkan perceraian paling tinggi didaftarkan di negeri Selangor dengan 3,722 kes, diikuti Kelantan (2,257 kes), Kedah (2,188), Johor (1,931), Perak (1,551), Terengganu (1,537), Pahang (1,502), Kuala Lumpur(1,141)................. Berbanding dengan perkahwinan, jumlah yang tertinggi pada 2007 dicatatkan oleh negeri Kedah sebanyak 20,889 diikuti Kelantan (17,201), Selangor (14,817), Johor (13,241)....... Secara puratanya, dalam sehari lebih 56 perceraian berlaku dan 359 perkahwinan berlangsung. Kadar perceraian ini meningkat dari tahun ke tahun sejak 2001, iaitu sebanyak 13,187 (2001), 13,841 (2002), 15,543 (2003), 16,509 (2004), 17,708 (2005) dan 2006 sebanyak 21,419. (Sumber Berita Harian). Untuk statistik terkini, anda boleh merujuknya di laman web JAKIM.
BUKAN INI YANG DIIMPIKAN..
Saya ada soalan "cepu emas" di sini. Adakah mereka yang dimaksudkan statistik di atas mengharapkan semua ini berlaku? Jawapannya tentulah TIDAK. Tidak siapa pun mahu ianya tejadi. Kalau boleh, bukan sekadar ke anak cucu, tetapi bahagia dan bercinta sehingga ke syurga. Peratusan penceraian pada hari ini sangatlah tinggi. Maksudnya kes ini mempunyai kemungkinan yang tinggi juga untuk berlaku pada diri anda. Lebih-lebih lagi jika anda belum lagi berkahwin di mana peratusan untuk berlakunya perpisahan pasti lebih tinggi lagi. Saya pasti setiap orang dahagakan cinta. Walaupun terdapat orang yang menafikannya. Secara fitrahnya, semua orang memerlukan cinta. Perasaan untuk dicintai dan menyayangi adalah antara perkara indah yang ditetapkanNya. Namun begitu, kata orang, panas tidak sampai ke petang. Kadangkala perhubungan itu juga dilandai badai. Apakah sebabnya? Disinilah sedikit rahsia mengenai "personaliti diri" cuba saya kongsikan kerana setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza.
REALITI CINTACinta memang indah. Pada permulaan semuanya berjalan lancar. Anda begitu yakin bahawa tiada apa yang berlaku. Kusangkakan panas hingga ke petang tetapi hujan di tengahari. Anda dan pasangan mula bergaduh. Sedikit perselisihan faham dipendam begitu sahaja tanpa dikongsi kerana bimbang ianya akan merosakkan bunga cinta yang sedang berkembang. Akhirnya ia membesar dan tidak dapat dibendung lagi. Konflik pun berlaku. Anda mengatakan bahawa si dia telah berubah dan tidak lagi menyayangi anda. Si dia pula menyalahkan anda kerana tidak memahaminya. Akhirnya tercetuslah apa yang tidak diingini iaitu perpisahan atau penceraian.
Suatu hari pasangan anda yang pendiam ini pun balik dengan keadaan murung. Anda pun melihatnya. Anda ingin membantu, “Ada apa- apa tidak kena ke sayang?” Tetapi malangnya, anda tidak menerima sebarang respon. Si dia hanya menjawab tiada apa-apa yang berlaku. Lalu anda merasakan bahawa pasangan tidak ingin berkongsi dengan anda. Perasaan terkilan ini disimpan. Lama-kelamaan ianya membesar dan mencetuskan konflik. Tetapi sebenarnya tahukah anda bahawa pasangan bukan tidak mahu berkongsi? Si dia mempunyai gaya perilaku sebagai seorang Introvert. Si dia memerlukan ruang untuk dirinya berfikir tentang masalah yang berlaku. Sebagai seseorang yang memahami personaliti pasangan, anda akan tahu bahawa jika pasangan anda tidak ingin berkongsi bukan bermakna tiada lagi cinta antara anda berdua. Anda akan faham bahawa sebenarnya pasangan anda hanya mahu sedikit ruang untuk memikirkan masalah tersebut. Jadi, tiadalah perasaan terkilan. PANDUAN MENGENALI PERSONALITI SEBENAR PASANGAN!Setiap individu adalah unik dan tidak sama. Perkara ini seterusnya membuatkan bahasa cinta untuk setiap individu adalah berlainan. Fakta inilah yang hendak dikongsi di dalam ebook "Personaliti Cinta" ini. Terokailah ke"unik"an anda. Ketahuilah kod cinta masing-masing. Ia akan membantu anda untuk memahami bahasa cintanya dan begitu juga dengan diri anda sendiri. Pada akhir pembacaan, anda akan memperolehi jawapan kepada persoalan mengapa pasangan anda bertindak demikian dan seterusnya menguatkan keyakinan bahawa cinta anda berdua sebenarnya masih wujud. Cinta antara insan itu lahir daripada tingkah laku, kepercayaan antara dua hati dan dibina berdasarkan sikap saling memahami yang cuba melengkapi antara satu sama lain. Terlebih dahulu, ingin saya nyatakan bahawa ebook ini bukanlah ebook yang menjanjikan panduan cinta yang dapat memberi jaminan 100 peratus kebahagian kepada anda. Tetapi perkara yang saya dapat janjikan adalah fakta yang dikongsikan adalah benar dan bukan rekaan. Bukan sekadar cakap kosong tetapi ianya merupakan hasil kajian berpuluh tahun oleh ahli-ahli psikologi mengenai personaliti manusia. Kini saya coretkannya dalam bentuk ebook untuk perkongsian bersama. Personaliti ini seterusnya ditumpukan kepada aspek cinta kerana bagi saya masalah utama kepada percintaan adalah disebabkan kegagalan dalam memahami bahasa cinta si dia kerana perbezaan personaliti manusia. Harapan saya ebook ini dapat membantu anda ke jalan kebahagian yang berpanjangan. Amin....... "Cintailah seseorang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna" Ebook ini akan mengupas lebih mendalam tentang personaliti individu.Fahamilah diri pasangan anda dengan mengetahui kod cinta diri anda dan juga pasangan anda.
APA KATA MEREKA YANG TELAH MEMBACA E-BOOK INI?
ANTARA ISI KANDUNGAN
|
|
![]() |
|
|
Ebook Bonus #1 : 31 Rahsia Lelaki Membongkarkan 31 sikap lelaki yang perlu diketahui dan difahami oleh wanita. Dengan mengetahui sikap-sikap tersebut, ianya memudahkan anda untuk berinteraksi dan memahami dunia lelaki. |
Ebook Bonus #2 : 39 Idea Romantik Memberikan 39 idea praktikal yang boleh anda aplikasikan bersama pasangan untuk mewujudkan suasana yang romantik, serta menyemarakkan lagi perasaan saling mencintai di dalam diri. |
Selain itu, jaminan lain adalah saya percaya ebook ini sekurang-kurangnya dapat mengubah pandangan anda terhadap perbezaan individu. Anda akan mulai sedar tentang kekuatan dan kelemahan masing-masing. Seterusnya membuat anda tahu bahawa cinta bukanlah tentang mencari kesempurnaan kerana tiada individu yang sempurna. Cinta dan bahagia itu wujud apabila kekuatan disatukan dan kelemahan itu dilengkapkan antara satu sama lain. |
Ayuh, jangan berlengah lagi!. Dapatkan ebook ini secepat mungkin. Klik butang dibawah untuk cara-cara mendapatkan ebook ni!
Yang Ikhlas,

Saiful Izzuan Bin Hussain
www.PersonalitiCinta.com
www.DrInspirasi.Com
Ps: Tawaran ini hanya untuk 500 orang terawal. Kami tidak mejanjikan sehingga bilakah akan kami kekalkan harga ini. Tetapi sebaik sahaja 500 salinan terjual, kami akan menaikkan ebook ini kepada harga baru. Hal ini kerana harganya masih lagi berbaloi pada harga tersebut.
PS: Mungkin anda merasakan bahawa anda perlu berfikir dahulu. Tetapi kami harap anda mengambil tindakan yang pantas untuk mendapatkannya. Berlengah-lengah hanya membuatkan anda pergi dan seterusnya melupakan web ini. Kesannya, masalah cinta anda masih belum diselesaikan.
PS : Sedikit kata-kata inspirasi dan motivasi daripada saya, “Andalah bertanggungjawab mengenai kebahagian perhubungan dan CINTA anda.”
Diterbitkan dan diedarkan Oleh:
Shuth Network Sdn. Bhd.
No 23-1, Jalan 9/9C, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
Tel : 012-3655625